OnePlus Mungkin Mengasingkan Nord Sebagai Jenama Berasingan

TechnologyDigital
6 Jul 2022 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus agak aktif dalam pengeluaran peranti akhir-akhir ini, dan dalam usaha menjaga jenama mereka, OnePlus kini dikatakan akan mengasingkan jenama Nord sebagai berasingan.

image is not available

OnePlus Nord setakat ini telah memfokuskan kepada penawaran peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah. Dengan mengasingkannya, ia mungkin tidak memberikan kesan kepada jenama premium OnePlus, disamping membolehkan Nord beroperasi kendiri dan membuat lambakan penawaran di pasaran.

Sebelum ini, kita sedia melihat perkara ini berlaku beberapa kali, termasuk untuk Huawei dengan Honor, Xiaomi dengan Poco, malah dengan Oppo dan OnePlus sebelum ini.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan Nord diasingkan sebagai jenama lain dibawah OnePlus ini?