OnePlus Nord 4 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Tubuh Logam Pada Harga RM2599

TechnologyDigital
23 Aug 2024 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lepas, OnePlus Nord 4 telah dilancarkan. Ia adalah telefon pintar kelas pertengahan premium mereka yang kali ini menggunakan tubuh logam selepas bertahun lamanya bergantung kepada plastik, kaca dan aluminium. Hari ini, Oppo Malaysia mengesahkan yang OnePlus Nord 4 mula dijual di sini.

image is not available

OnePlus Nord 4 hadir dengan skrin 6.74″ Super Fluid AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang dipadankan dengan memori 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Bateri peranti adalah 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

image is not available

Kamera utama pula terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS dan lensa ultra sudut lebar 8MP. Di hadapan pula kamera swafoto hadir dengan lensa 16MP yang diletakkan pada lubang skrin. Peranti mempunyai tubuh dan bingkai yang diperbuat daripada logam sepenuhnya. Ia juga melepasi piawaian kalis air serta debu IP65.

image is not available

Sistem operasi yang digunakan ialah Oxygen OS 14.1 berasaskan Android 14. Yang menarik di sini ialah OnePlus berjanji menawarkan sokongan kemas kini empat versi Android dan tampalan sekuriti pula selama enam tahun. Kerana ia sebuah peranti moden, terdapat juga beberapa ciri AI seperti AI Groupfie, AI Audio Summary, AI Eraser, AI Article Summary dan AI Clear Face.

image is not available

Di Malaysia, OnePlus Nord 4 dijual pada harga lebih mahal berbanding Nord 3 tahun lepas. Dengan pilihan warna Oasis Green, Mercurial Silver dan Obsidian Midnight serta satu SKU iaitu 16/512 GB – Nord 4 di Malaysia berharga RM2599. Sempena pelancaran, diskaun RM100 diberikan dan mereka yang melakukan pra-tempahan turut akan menerima pengecas pantas 100W OnePlus bernilai RM199 secara percuma. Pra-tempahan dibuka dari 23-30 Ogos, eksklusif di Oppo E-Store, Shopee dan Lazada.