Instagram Mula Menguji Paparan Grid Menegak Pada Profil

TechnologyDigital
19 Aug 2024 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah bertahun lamanya, paparan grid pada Instagram adalah dalam bentuk kotak atau nisbah 1:1 dengan tiga jalur gambar. Akan datang ia mungkin berubah kerana orang ramai sudah terbiasa dengan perkongsian kandungan menegak, sama ada 4×5 untuk gambar atau 9:16 untuk video.

image is not available
Contoh paparan grid menegak dari pengguna IG @staarlxght

Instagram baru-baru ini telah menguji paparan grid menegak dengan masih terhad kepada 3 lajur gambar. Antara sebab perubahan paparan grid ini dilakukan adalah mereka rasa bersalah memangkas kandungan menjadi bentuk kotak selepas pengguna susah payah menyunting gambar atau video. Kemudian Adam Mosseri selaku ketua Instagram beliau ingin mengubah paparan ini agar lebih bersesuaian dengan kandungan zaman sekarang.

Perkara ini akan menyusahkan ramai pengguna, lagi-lagi yang gemar menghiasi profil mereka dengan kolaj 9 gambar atau tiga gambar berderet. Dua tahun lepas, pernah tertiris yang Instagram ada menguji dua mod paparan berbeza yang pengguna boleh tukar-tukar. Apa-apa pun, paparan grid menegak ini hanya diuji dengan golongan pengguna yang kecil bagi mengumpul maklum balas. Adakah anda bersetuju dengan perubahan ini jika ia menjadi kekal?