OnePlus nampaknya akan memperkenalkan peranti One Plus Nord baru berdasarkan penyenaraian peranti terbaru mereka di pangkalan data SIRIM baru-baru ini.
Nama One Plus Nord 5 telah didaftarkan di SIRIM, dan nampaknya ia akan diperkenalkan tidak lama lagi. Tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi peranti ini pada masa ini, tetapi melihat kepada penyenaraian di TUV, ia nampaknya akan hadir dengan bateri sebesar 6650mAH dan mempunyai pengecasan 80W.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa OnePlus Nord 5 ini akan hadir dengan spesifikasi sama seperti OnePlus Ace 5 Racing Edition/ Jika benar, ia bermakna bahawa peranti ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9400e dan paparan OLED dengan saiz 6.77 inci dengan resolusi 1.5K.
Setakat ini, OnePlus di Malaysia masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai peranti ini, mahupun OnePlus 13T yang ditunggu-tunggu ramai oleh mereka yang mahukan sebuah peranti kelas mercu dengan rekaan yang lebih padat.
