Realme GT 7 Dan GT 7T Melepasi Pengesahan SIRIM Malaysia

TechnologyDigital
5 May 2025 • 11:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua peranti baharu Realme telah ditemui dalam pensijilan SIRIM Malaysia. Ia menandakan bahawa peranti-peranti tersebut akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Peranti yang dimaksudkan ialah Realme GT 7 dan Realme GT 7T yang didaftarkan oleh DTL Malaysia Sdn Bhd. Spesifikasi bagi versi Malaysia masih belum dapat disahkan namun model GT 7 telah pun dilancarkan di China pada April lalu.

image is not available

Sekiranya versi Malaysia menggunakan spesifikasi yang sama, ia mungkin dilengkapi skrin OLED 6.8-inci 1.5K dan kadar semula 144Hz. Selain itu, bateri karbon silikon berkapasiti 7200mAh turut digunakan dengan pengecasan pantas 100W. Ia turut akan dijana cip Dimensity 9400+ bersama kamera utama 50MP (Sony IMX896) + 8MP ultra-lebar. Sementara itu, model GT 7T masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved