OnePlus Open Tidak Akan Dijual Di Malaysia

TechnologyDigital
26 Oct 2023 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Open adalah peranti dengan skrin boleh lipat pertama OnePlus yang tular di media sosial negara Barat sejak dilancarkan minggu lalu. Peranti ini menarik perhatian ramai kerana rekaan yang nipis, spesifikasi yang hebat serta kamera Hasselblad dengan sokongan zum optikal 3x.

image is not available

Jika anda tertanya sama ada adakah OnePlus Open akan dijual di Malaysia, jawapannya adalah tidak. Wakil OnePlus Malaysia hari ini telah memberitahu kami peranti tidak akan dijual di pasaran tempatan memandangkan Oppo Find N3 sudahpun dijual di Malaysia.

image is not available

Find N3 dan Open adalah dua peranti yang sama, seperti yang disahkan oleh Pete Lau sebelum ini. Open hanya akan dijual di pasaran Amerika Utara, Eropah dan India sahaja. Jika anda berminat dengan Oppo Find N3, ia dijual pada harga RM7,999.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved