Samsung gusar dengan cabaran Huawei dan Oppo, Galaxy Z Fold 6 mungkin bawakan perubahan drastik

Digital
24 Oct 2023 • 1:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung antara jenama yang terkenal dengan siri telefon lipat mereka, dengan paling terbaru ini memperkenalkan Galaxy Z Fold 5. Bagaimanapun Samsung tidak mengkhususkan penghasilan telefon lipat nipis seperti pesaingnya. Tetapi sekarang, nampaknya Samsung seolah tercabar dengan telefon boleh lipat nipsi seperti Huawei Mate X5, Oppo Find N3 dan Xiaomi Mix Fold 3.

Ini adalah kerana, Samsung dikhabarkan sedang membangunkan telefon lipat lebih nipis daripada Galaxy Z Fold 5 yang dilancar tahun ini. Ini mungkin tindak balas Samsung terhadap jenama seperti Huawei atau Xiaomi yang mampu untuk memuatkan bateri yang lebih besar pada telefon lipat mereka yang lebih nipis

Sebagai penjelasan, Galaxy Z Fold 5 mempunyai bateri berkapasiti 4,400mAh dengan badan berukuran 13.4mm. Walau bagaimanapun Huawei dapat memuatkan kapasiti bateri sebesar 4,800mAh pada Mate X3 yang berukuran 11.8mm, dan bateri yang lebih besar berkapasiti 5,060mAh pada Mate X5 dengan badan senipis 11.1mm. Malah Xiaomi juga dapat memasangkan bateri 4,800mAh pada MixFold 3 pada badan 10.9mm.

Oleh kerana itu, Samsung dilihat seolah tidak membawa perubahan besar pada telefon lipat generasi terbaru mereka berbanding model terdahulu. Selain itu, terdapat juga sumber yang mengatakan produk Huawei terbaru adalah hasil terbaik yang mereka lakukan, manakala Samsung hanya mengenakan naik taraf minima pada telefon lipat terbaru mereka.

Telefon lipat Huawei sememangnya tekenal dalam menawarkan ketahanan yang baik seperti engsel yang kukuh di Mate X3 dan Mate X5. Jadi mungkin Samsung merancang untuk membuat perubahan drastik pada beberapa bahagian lain untuk telefon lipat mereka seterusnya, yang berkemungkinan besar adalah Galaxy Z Fold 6.

Dalam masa sama, Huawei juga mungkin akan bercadang untuk mengeluarkan telefon lipat dalam kelas permulaan lebih murah pada suku pertama tahun hadapan dengan harga bawah KRW1 juta (~RM3,540).

Untuk makluman, telefon lipat paling baru yang menyertai pasaran Malaysia adalah Oppo Find N3 dengan dilancar pada 19 Oktober lalu. Harganya jauh lebih mahal daripada Galaxy Z Fold 5. Jadi, jika anda berminat untuk dapatkan sebuah Galaxy Z Fold 5, anda boleh membelinya dengan harga jualan rasminya seperti berikut:

  • 256GB RM6,299
  • 512GB RM6,799
  • 1TB RM7,299

[Sumber: thelec]