OnePlus Umum Keluar Daripada Pasaran Amerika Utara dan Eropah

Technology
16 Jul 2026 • 11:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Umum Keluar Daripada Pasaran Amerika Utara dan Eropah

OnePlus secara rasmi mengumumkan mereka keluar daripada menawarkan peranti di pasaran Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah sebagai sebahagian daripada pelarasan strategi global. Tiada lagi produk akan dijual dan tiada lagi produk baharu OnePlus akan dilancarkan di Amerika Utara dan Eropah sebelum ini.

Image from: OnePlus Umum Keluar Daripada Pasaran Amerika Utara dan Eropah

Pengumuman dilakukan selepas ura-ura penarikan daripada pasaran Amerika Syarikat dan Eropah sudah berlegar-legar sejak bulan Mac. Pada waktu yang sama OnePlus mengatakan mereka masih lagi komited menawarkan peranti di pasaran India pada waktu ini. Muncul ura-ura mereka turut akan keluar daripada pasaran India tahun depan.

Peranti OnePlus yang layak menerima kemas kini selepas ini akan menerima sistem operasi ColorOS. Sekiranya pelanggan tidak menyukai antaramuka ColorOS, mereka kemudian boleh kembali menggunakan OxygenOS tetapi dengan versi Android yang terdahulu.Tampalan sekuriti masih akan diberikan. Pembeli masih boleh mendapatkan bantuan pelanggan dan membaiki peranti di pasaran mereka telah menarik diri.

Tetapi laman komuniti pengguna OnePlus Amerika Syarikat akan ditutup pada 16 Ogos 2026. Selepas ini semua perbincangan komuniti akan berpindah ke Discord.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved