Realme Tarik Diri Daripada Pasaran China – Tiada Lagi Realme UI

WorldTechnology
16 Jul 2026 • 11:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme Tarik Diri Daripada Pasaran China – Tiada Lagi Realme UI

Selepas OnePlus mengumumkan penarikan diri daripada pasaran Amerika Utara dan Eropah hari ini, Realme pula mengesahkan mereka menarik diri daripada pasaran China. Pengumuman dilakukan sendiri oleh pengasas Realme, Xu Qi  menerusi laman Weibo beliau.

Image from: Realme Tarik Diri Daripada Pasaran China – Tiada Lagi Realme UI

Realme akan menumpukan sumber ke pasaran luar negara dengan memberi tumpuan kepada prestasi dan permainan, serta membawa teknologi canggih ke dunia. Pembangunan Realme UI juga tidak lagi diteruskan dan digantikan sistem ColorOS yang dibangunkan oleh syarikat induk Oppo. Ini menjadikan semua peranti di bawah payung Oppo termasuk OnePlus akan menggunakan sistem operasi yang sama selepas cuba bergerak sendiri beberapa tahun lalu.

Pelanggan di China masih akan menerima sokongan kemas kini perisian, bantuan pasca pembelian dan mendapatkan gantian peranti selepas ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved