Onn Hafiz angkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor

LocalPolitics
12 Jul 2026 • 5:39 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Onn Hafiz angkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor

KUALA LUMPUR - Datuk Onn Hafiz Ghazi selesai mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor, bagi penggal baharu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, petang ini.

Pelantikan itu menyusul kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu, yang menyaksikan BN memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Memetik laporan media, istiadat angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Terdahulu, Bernama melaporkan, kenderaan yang membawa Pengerusi BN Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap itu tiba di Istana Bukit Serene, kira-kira 3.40 petang.

Sebelum ini pihak Istana menerusi jemputan kepada media memaklumkan, liputan istiadat berkenaan hanya dibenarkan di pintu Mahkota Istana Bukit Serene.

Suasana di sekitar pintu masuk istana turut menyaksikan kehadiran anggota keselamatan, pegawai kerajaan dan wakil media, yang menunggu ketibaan tetamu kenamaan serta perkembangan istiadat berkenaan.

Pada PRN Johor semalam, BN menang 48 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi.

Sementara Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Sosialis Malaysia, Parti Muda dan Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) pula gagal memenangi sebarang kerusi manakala enam calon Bebas yang bertanding turut berdepan nasib serupa.

Pada PRN ke-16, Onn Hafiz memperoleh 20,382 undi untuk menewaskan calon PH, Nur Hafiz Roslan yang meraih 5,007 undi, sekali gus menang dengan majoriti 15,375 undi. - 12 Julai, 2026

The post Onn Hafiz angkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved