Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Tegas Pembubaran DUN Johor Ikut Proses Perlembagaan

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 10:51 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Tegas Pembubaran DUN Johor Ikut Proses Perlembagaan

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Tegas Pembubaran DUN Johor Ikut Proses Perlembagaan

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa beliau memaklumkan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dilakukan atas arahan pihak Istana.

Menurut Onn Hafiz, pembubaran DUN Johor dibuat sepenuhnya mengikut lunas perlembagaan selepas mendapat perkenan daripada DYAM Tunku Ismail Idris selaku Pemangku Sultan Johor.

Beliau berkata, proses tersebut selaras dengan peruntukan di bawah Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Jelasnya, sebagai Menteri Besar, sebarang pembubaran DUN tidak boleh dibuat sesuka hati, sebaliknya perlu melalui proses rasmi termasuk menghadap dan mempersembahkan perkara itu kepada pihak Istana sebelum mendapat perkenan.

Baca juga:

“Apa yang saya jelaskan ialah pembubaran dibuat selepas mendapat titah perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail selaku Pemangku Sultan Johor.

“Saya telah mengadap dan mempersembahkan perkara tersebut. Selepas mendapat perkenan, saya mengumumkan pembubaran Dewan Negeri Johor kepada rakyat secara terbuka.

“Mendapat titah perkenan ialah satu proses perlembagaan dan sama sekali tidak bermaksud menerima arahan atau campur tangan politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Puad yang sebelum ini mengumumkan keluar daripada United Malays National Organisation (UMNO) serta mendakwa UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan kerana dipengaruhi pihak Istana.

Onn Hafiz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, dakwaan berkenaan merupakan satu bentuk salah tafsir terhadap proses perlembagaan yang sah dan boleh menimbulkan persepsi tidak baik terhadap Institusi Diraja.

Menurut beliau, setiap individu berhak mempunyai pendirian politik masing-masing, namun kenyataan yang menyentuh Institusi Diraja perlu dibuat secara bertanggungjawab.

“Kenyataan sedemikian amat serius dan berpotensi menyentuh sensitiviti 3R, khususnya berkaitan Institusi Diraja, selain boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Dalam masa sama, Onn Hafiz menyeru semua pihak supaya terus menghormati Institusi Diraja serta mematuhi peruntukan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Johor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved