Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, tegaskan pembubaran DUN ikut titah perlembagaan

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 11:28 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, tegaskan pembubaran DUN ikut titah perlembagaan

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menolak sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau pernah memaklumkan kononnya pihak Istana mengarahkan pembubaran Dewan Negeri Johor.

“Apa yang saya jelaskan ialah pembubaran tersebut dibuat setelah mendapat titah perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, selaras dengan Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Onn Hafiz menegaskan Menteri Besar tidak boleh membubarkan Dewan Negeri sesuka hati, sebaliknya perlu melalui proses perlembagaan dan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan.

“Mendapat titah perkenan ialah satu proses perlembagaan dan sama sekali tidak bermaksud menerima arahan atau campur tangan politik,” jelasnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Puad sebagai tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menimbulkan persepsi bahawa Institusi Diraja mencampuri urusan politik Umno Johor.

“Kenyataan sedemikian amat serius dan berpotensi menyentuh sensitiviti 3R, khususnya berkaitan Institusi Diraja, selain boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam,” tegasnya.

Sehubungan itu, UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Onn Hafiz turut menyeru semua pihak menghormati Institusi Diraja, mematuhi Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor serta tidak memperalatkan institusi tersebut dalam pertelingkahan politik.

Kenyataan ini hadir sehari selepas Puad Zarkashi, bekas Speaker DUN Johor dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, mengumumkan keluar parti serta-merta dengan alasan Umno Johor kini menjadi “boneka Istana”. - 25 Jun, 2026

The post Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, tegaskan pembubaran DUN ikut titah perlembagaan appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved