Op Bersepadu Motosikal: Tujuh Ditahan, Lima Positif Dadah

LocalCars
22 Jun 2026 • 8:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Op Bersepadu Motosikal: Tujuh Ditahan, Lima Positif Dadah

Op Bersepadu Motosikal: Tujuh Ditahan, Lima Positif Dadah

Polis menahan tujuh lelaki termasuk lima daripadanya didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu Motosikal yang dijalankan di Jalan Jelapang-Silibin, di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, operasi yang bermula pada pukul 12 tengah malam itu melibatkan pemeriksaan terhadap 157 motosikal dan 199 individu berusia antara 14 hingga 45 tahun.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 57 motosikal melakukan pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebelum tindakan sitaan diambil terhadap kenderaan terbabit.

Baca juga:

“Dalam operasi itu, seorang lelaki tempatan turut ditahan atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987.

“Selain itu, lima individu turut ditahan selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine, tetrahydrocannabinol (THC) dan morfin.

“Polis juga menahan seorang lagi lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes curi motosikal,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Beliau berkata, dalam operasi sama, sebanyak 306 saman trafik serta empat kompaun dan notis oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, sebahagian besar individu yang diperiksa terdiri daripada pelajar sekolah menengah serta pelajar institusi pengajian awam dan swasta.

“Polis Perak akan terus melaksanakan operasi bersepadu seperti ini dari semasa ke semasa bagi memperkasakan penguatkuasaan undang-undang terhadap kegiatan samseng jalanan di negeri ini.

“Ini adalah antara usaha untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya serta membantu mencegah jenayah jalanan khususnya di negeri Perak,” ujarnya.

Operasi yang berakhir pada pukul 11.30 pagi itu melibatkan seramai 80 pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak serta 14 pegawai dan anggota dari Bukit Aman.

Turut terlibat dalam operasi berkenaan ialah 11 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), enam pegawai dan anggota JAS serta enam pegawai dan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.