
Op Murni: Trak ATM ‘Tergelincir’ Akibat Arus Deras
Sebuah trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan tergelincir akibat arus deras semasa melaksanakan operasi khas Op Murni di Rantau Panjang.
Namun, insiden ini tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang dipindahkan akibat banjir.
Menurut kenyataan rasmi dari Markas 2 Divisyen Infantri, trak tersebut dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi untuk mengambil calon SPM yang terjejas oleh banjir untuk dipindahkan ke Pasir Mas.
“Namun ekoran arus deras di Kalbot Lima menyebabkan ia tergelincir.
“Trak tersebut hanya dinaiki oleh anggota sahaja tidak melibatkan calon SPM,” jelas kenyataan tersebut.
Walaupun insiden ini berlaku, operasi khas itu berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kecelakaan atau masalah besar.
Dalam ada itu, laporan media tempatan memaklumkan bahawa arus deras dan kenaikan paras air yang cepat merupakan antara cabaran utama dihadapi anggota ATM dalam menjalankan Op Murni.
Operasi ini bertujuan memindahkan seramai 189 calon SPM yang terkesan oleh banjir di kawasan tersebut ke Pasir Mas.
Untuk info, operasi ini bermula seawal jam 6 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.
Ia melibatkan penggunaan 11 trak ATM dan 12 bot tempur bagi memastikan keselamatan dan kelancaran proses pemindahan calon.
Sumber: Sinar Harian
The post Op Murni: Trak ATM ‘Tergelincir’ Akibat Arus Deras appeared first on Siakap Keli.

