Trak ATM Tergelincir Semasa Redah Banjir Tidak Libatkan Pelajar SPM

LocalPolitics
1 Dec 2024 • 6:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tergelincir semasa operasi memindahkan calon SPM yang terkesan banjir di Rantau Panjang dinaiki oleh anggota tentera sahaja dan tidak melibatkan para pelajar.

Menurut kenyataan Markas 2 Divisyen Infantri, trak tersebut sedang dalam perjalanan ke SK Gual Tinggi untuk mengambil calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum dihantar ke Pasir Mas.

Malangnya, trak tersebut tergelincir akibat arus deras di kawasan Kalbot Lima, lapor Sinar Harian.

Walaupun begitu, misi memindahkan 189 calon SPM berjaya dilakukan tanpa sebarang insiden yang tak diingini.

image is not available
Trak tujuh tan milik angkatan tentera malaysia (atm) yang tergelincir semasa operasi memindahkan calon spm. Kredit – sinar harian

Difahamkan, operasi bermula seawal 6 pagi dari IPD Pasir Mas menggunakan 11 trak dan 12 bot tempur untuk pastikan pelajar selamat sampai ke destinasi.

Operasi tersebut bermula seawal jam 6 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.

Meskipun berdepan cabaran seperti arus deras dan paras air yang terus meningkat, anggota ATM berjaya mengawal situasi dengan baik.

Kejayaan misi ini sekali lagi membuktikan komitmen ATM dalam memastikan keselamatan rakyat, terutamanya pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti SPM terus terjaga walaupun dalam situasi mencabar.

Tabik hormat buat anggota ATM yang sanggup meredah arus deras demi masa depan para pelajar!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.