Op Selamat 23: Lebih 100,000 Saman Trafik Dikeluar!

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, pihak polis telah mengeluarkan sebanyak 100,000 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Selamat 23/2025 sempena Tahun Baharu Cina selama lima hari sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Sri Mohd Yusri Hassan Basri berkata,rata-rata pesalah didapati melakukan enam kesalahan utama bagi Op Selamat 23/2025.

Antaranya ialah memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong kenderaan di garisan berkembar dan memotong barisan, melanggar lampu isyarat dan memandu menggunakan alat komunikasi atau telefon bimbit.

image is not available

"Saman memandu melebihi had laju mendahului enam kesalahan utama bagi Op Selamat 23/2025 sehingga semalam yang membabitkan jumlah saman paling tinggi sebanyak 44,940 saman.

"Ini diikuti dengan saman bagi kesalahan melanggar lampu isyarat sebanyak 2034 saman, memandu menggunakan alat komunikasi (869), memandu di lorong kecemasan (602), memotong barisan (573) diikuti memotong garisan berkembar (321),"katanya.