OP Selamat 24 Bermula 29 Mac - 3 April 2025

24 Mar 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Op Selamat 24 sempena Aidilfitri akan bermula pada 29 Mac hingga 3 April ini.

Untuk itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menugaskan hampir 7,000 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua anggota itu akan terlibat dalam penugasan 'point-duty', rondaan serta pemantauan di kawasan 'blackspot' (titik panas) dan 'hotspot' (titik hitam), serta penyuraian kesesakan.

Op Selamat 24 akan berlangsung selama enam hari, iaitu dua hari sebelum dan dua hari selepas Aidilfitri, dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi.

image is not available

Menurutnya, pihaknya juga telah mengenal pasti 407 lokasi hotspot dan 76 lokasi blackspot di jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran serta jalan lain, manakala 25 lokasi hotspot dan 46 lokasi blackspot dikenal pasti di lebuh raya utama seluruh negara.

"Pemantauan dibuat secara berterusan bagi memberi bantuan kepada pengguna jalan raya sekiranya menghadapi masalah seperti kerosakan kenderaan atau kecemasan yang memerlukan tindakan segera oleh JSPT.

"Tindakan penguatkuasaan juga akan diambil terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan kemalangan," katanya.