Op Sky: Penyanyi Terkenal, Ikon Inspirasi Dipanggil SPRM Berhubung Kes Penggubahan Wang Haram

LocalPolitics
4 Feb 2025 • 10:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan akan memanggil tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal pada minggu ini bagi membantu siasatan Op Sky.

Memetik Sinar Harian, siasatan itu akan dilakukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML).

Selain seorang penyanyi terkenal, seorang ikon inspirasi juga akan dipanggil berhubung siasatan Op Sky yang turut dijalankan bersama Bank Negara (BNM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa selebriti termasuklah artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.

Op Sky, menerusi modus operandinya menggunakan wajah-wajah artis dan selebriti ini bagi meyakinkan orang awam untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

SPRM telah berjaya menumpaskan kegiatan melibatkan rasuah dan pengubahan wang haram yang turut melibatkan pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

“Jika Dihubungi Untuk Beri Kerjasama, Sudah Tentu Saya Akan Lakukan” - Jalaluddin Hassan Hanya Jalankan Tugas Sebagai Duta