‘Tiada komen’ – Jawapan ringkas Ziana Zain isu Ops Sky

LocalEntertainment
3 Feb 2025 • 3:55 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pengacara dan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan telah memaklumkan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kes siasatan Ops Sky.

Dalam kenyataannya, beliau juga menyatakan hanya menjalankan tugas sebagai duta kepada syarikat tersebut.

Selain Jalaluddin Hassan, penyanyi Ziana Zain juga turut dikaitkan dengan isu berkenaan.

Bagaimanapun, Ziana hanya memberikan jawapan ringkas ketika diajukan oleh pihak media.

“Tiada komen, saya hanya menyanyi sahaja.

“Itu Datuk Jalal, Kak Gee (Ziana) hanya menyanyi sahaja,” katanya.

Terdahulu, SPRM mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

Siasatan terhadap selebriti berkenaan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).