Op Taring Wawasan: PGA serbu stor simpanan petrol

LocalPolitics
9 Feb 2025 • 11:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Stor simpanan petrol diserbu pihak berkuasa ketika penugasan Op Taring Wawasan. Gambar kecil: Beberapa tong mengandungi petrol ditemui dalam stor simpanan di Kampung Tualang, Tumpat.

image is not available
Anggota PGA menunjukkan tong mengandungi petrol ketika menyerbu sebuah stor simpanan di Kampung Tualang, Tumpat pada Sabtu.

TUMPAT - Pihak berkuasa berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan petrol selepas menyerbu sebuah stor simpanan di Kampung Tualang di sini pada Sabtu.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan jam 2.30 pagi itu dilakukan Batalion 7 PGA Kuantan ketika melaksanakan Op Taring Wawasan di lokasi berkenaan.

**media[3000332]**

"Hasil pemeriksaan menemukan beberapa tong mengandungi 150 liter petrol di dalam stor simpanan dianggarkan bernilai RM307.50.

"Kes disiasat mengikut Sesyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan semua barangan rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut Nik Ros Azhan, pasukannya akan terus mempergiatkan usaha mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.