Opai kongsi punca senang jatuh miskin – “Tak jaga solat, banyak tidur”

LocalOpinion
7 May 2026 • 10:11 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pandangannya mengenai antara punca seseorang mudah jatuh miskin.

Tak jaga solat, suka bogel

Image from: Opai kongsi punca senang jatuh miskin – “Tak jaga solat, banyak tidur”

Menerusi hantaran di Threads, Opai menyenaraikan tujuah perkara yang menurutnya boleh menyebabkan kehidupan seseorang menjadi sempit rezeki dan tidak diberkati.

Image from: Opai kongsi punca senang jatuh miskin – “Tak jaga solat, banyak tidur”

“Antara punca senang jatuh miskin.
“Tidak menjaga solat, keluar masjid terlalu cepat selepas solat, makan atau minum sebelum mandi wajib, isteri yang suka memarahi suami, gemar berbogel, kerap melakukan dosa serta terlalu banyak tidur,” ciapannya, hari ini.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk ada yang mendakwa kenyataan berkenaan dibuat sekadar untuk mempromosikan produk jualannya.

Tidak berdiam diri, Opai tampil menjawab dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa setiap individu berhak berkongsi nasihat serta peringatan kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang pekerjaan mahupun agama.

Image from: Opai kongsi punca senang jatuh miskin – “Tak jaga solat, banyak tidur”

Screenshot

“Buat forex ke, jual karipap ke, solat tu wajib. Just because aku ni bukan ustaz atau ulama, aku haram kongsi kebaikan ke?” katanya.

Dalam masa sama, Opai turut menegur tindakan segelintir pihak yang menurutnya mudah melemparkan tuduhan serta berprasangka buruk terhadap orang lain.

“Apa kau buat ni kau menuduh dan letak syak wasangka. Aku maafkan kau sebab aku tak nak kau cari aku kat akhirat,” tulisnya lagi.

Perkongsian usahawan itu terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial yang tampil memberikan pandangan masing-masing berhubung isu berkenaan.

Artikel lain: Ramadan bulan al-Quran, Opai ajak pekerja khatam -“Dapat pahala…”

Terdahulu Opai dipuji ramai apabila mengambil inisiatif menggalakkan pekerjanya mengimarahkan Ramadan dengan aktiviti tadarus al-Quran sepanjang bulan mulia tersebut.

Tambahnya lagi, Opai meminta pekerjanya hadir ke pejabat seawal jam 8 pagi bagi membolehkan sesi bacaan al-Quran dilakukan secara berjemaah sebelum memulakan tugasan harian.

Sumber: Threads aliff_awang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved