Azar Azmi Tepis Dakwaan Punca Suami & Bekas Isteri Berpisah, Perjelas Tak Jaga Anak Tiri

EntertainmentFamily & Parenting
16 Apr 2026 • 6:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pelakon Azar Azmi mempertahankan dirinya daripada tuduhan jahat yang kononnya dia merupakan seorang perampas dan khabar berita yang mengelirukan tentang anak-anak tirinya.

Bahkan, Azar juga menyatakan yang dirinya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengatakan bahawa dirinya yang menggalas tanggungjawab menjaga 7 orang anak tiri seperti yang tular di media sosial.

Jelas Azar, semua anak tirinya itu kini sedang berada di bawah jagaan ibu kandung mereka dan dia hanya sekadar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada 2 orang cahaya mata hasil daripada hidup bersama suaminya itu.

“Ya semua anak tiri ada dengan ibu mereka. Lagipun, siapa yang keluarkan kenyataan yang cakap saya jaga mereka semua? Tidak.”

“Anak tiri semua dibawah tanggungan ibu kandung mereka sendiri. Yang saya jaga hanyalah anak saya sendiri. Ibi mereka masih ada, buat apa saya nak kena jaga.”

image is not available

Azar kongsikan perkara itu ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Media Prima pada Khamis. Dalam pada itu, Azar juga menyangkal dakwaan kononnya yang dia merupakan orang ketiga sehingga mendorong keretakan rumah tangga suaminya Mohd Apri Hazreen dengan bekas isteri jadi retak.

Jelas Azar, mereka mula berkenalan selepas suaminya itu sah bercerai, malah mereka tidak melalui fasa percintaan sebelum sepakat memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2021.

image is not available

“Saya memang kenal suami saya selepas mereka berpisah. Saya dan suami pun tidak pernah bercinta sebab dia terus berseloroh mahu berkahwin dengan saya. Kemudian perkara itu menjadi serius.”

“Kami bernikah pada tahun 2021 dan sekarang ini mempunyai dua cahaya mata lelaki berumur tiga dan empat tahun.”

Kata Azar, dirinya tak ambil serius terhadap pandangan orang lain kerana baginya orang yang tahu akan percaya kata-katanya ini.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved