OpenAI Belum Memulakan Pembangunan GPT-5

TechnologyDigital
17 Apr 2023 • 9:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ChatGPT dan GPT-4 adalah dua produk OpenAI yang menghasilkan gelombang besar dalam dunia teknologi dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini. Hampir semua syarikat teknologi utama dunia kini sedang membangunkan kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri untuk tidak terus ketinggalan. Mereka mungkin boleh menarik nafas lega kerana OpenAI masih belum memulakan pembangunan untuk GPT-5.

image is not available

Sam Altman, CEO OpenAI mengesahkan syarikat masih belum memulakan latihan untuk GPT-5 dengan tiada perancangan untuk melakukannya dalam masa yang terdekat. Sebaliknya OpenAI sedang meningkatkan keselamatan untuk menggunakannya. Sejak dilancarkan pada tahun lalu, ChatGPT telah dipertingkatkan dengan pemalam yang membolehkan ia mencari maklumat terkini di internet. Walaupun masih mempunyai kelemahan memberikan fakta yang tepat, kemampuan AI OpenAI masih jauh di hadapan pesaing seperti Google Bard.