Kecerdasan buatan akan mengakibatkan sesetengah kerjaya pupus dan diambil alih oleh mereka sepenuhnya. Oleh itulah wujud saranan pembangunan AI ditangguh sementara untuk melihat impaknya ke atas masyarakat. Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) telah mengeluarkan draf hari ini untuk melakukan penilaian keselamatan ke atas setiap AI sebelum ini dilancarkan kepada umum.

Dalam draf yang sama, syarikat yang membangunkan AI perlu memastikan pengguna mendaftar menggunakan nama sendiri supaya boleh dikesan sekiranya penyalahgunaan dilakukan. Jika kandungan yang dilarang boleh dijana AI, syarikat pembangun diberikan masa tiga bulan untuk melalukan perubahan bagi memastikan ia tidak berulang.
AI dan algoritma juga perlu dilatih supaya tidak menggunakan data yang boleh mendatangkan ketidakadilan terhadap golongan tertentu. Sekiranya kesemua garis panduan ini tidak dipatuhi, pembangun AI boleh didenda.

