
OpenAI melancarkan perkakasan pertama iaitu Codex Micro, sebuah papan kekunci kecil yang direka khusus untuk mengawal ejen kecerdasan buatan (AI) mereka Codesx. Ia mempunyai butang pintasan pantas memudahkan beberapa fungsi Codex diakses segera. Codex Micro dibangunkan dengan kerjasama Work Louder dengan ia mempunyai pelbagai butang pintasan untuk mengawal ejen dengan hanya satu butang khas.

Pengguna boleh memprogramkan butang kepada makro sendiri untuk melakukan tugasan tertentu tanpa perlu menaip panjang. Terdapat 13 butang kekunci fizikal, pada sesentuh, satu roda berputar dan satu alat kawalan analog.

Setiap pembeli akan menerima 32 papan kekunci dengan terdapat ikon berbeza untuk fungsi tertentu. Dua pilihan diberikan satu dengan suis yang senyap dan satu lagi suis yang berbunyi lebih kuat.
Enam butang juga mempunyai lampu terbina yang boleh menyala dalam enam warna untuk menunjukkan status atau notifikasi yang diberikan oleh ejen. Pratempahan untuk Codex Micro telah dibuka dengan setiap satu papan kekunci dijual pada harga $230 (~RM 937) sebuah.

