OpenAI sedia mempunyai penawaran ChatGPT untuk pertanyaan pelbagai perkara, selain ChatGPT Search yang membolehkan pengguna melakukan carian web. Tidak setakat itu, seawal minggu ini, OpenAI dijangka perkenal sebuah ciri baharu dinamakan Operator.
Operator merupakan ejen berasaskan kecerdasan buatan, yang boleh melaksanakan sejumlah tugasan yang biasanya pengguna pelayar web. Sebagai contoh, pengguna boleh minta ChatGPT membuat tempahan penerbangan ke sesuatu destinasi mengikut tarikh dan harga yang rendah dan sesuai, menghantar emel balasan, dan sebagainya.
Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan dengan Operator ini masih samar-samar. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan dengan Operator oleh ChatGPT ini dalam masa terdekat ini.

