OpenAI hadkan ciri ‘manusia’ ChatGPT untuk remaja

TechnologyFamily & Parenting
20 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: OpenAI hadkan ciri ‘manusia’ ChatGPT untuk remaja

NEW YORK: OpenAI memperkenalkan ciri keselamatan baharu untuk pengguna berusia bawah 18 tahun, termasuk pilihan mematikan respons suara ChatGPT bagi mengurangkan ciri yang membuatkan chatbot itu kelihatan seperti manusia.

Langkah itu dibuat ketika kebimbangan meningkat terhadap pengguna, khususnya golongan muda yang semakin menganggap teknologi kecerdasan buatan (AI) itu sebagai entiti yang mempunyai kesedaran atau kemampuan berfikir seperti makhluk hidup.

OpenAI turut memperkenalkan peringatan berkala kepada golongan muda supaya berehat daripada menggunakan ChatGPT, selain mengingatkan mereka platform itu hanyalah AI dan penggunaannya boleh ditangguhkan.

Dalam catatan blog ketika mengumumkan ciri tersebut, syarikat itu berkata, penggunaan AI oleh golongan remaja perlu disertai perlindungan yang mengambil kira tahap perkembangan mereka, mengukuhkan hubungan di dunia sebenar serta menyokong penggunaan teknologi secara sihat dalam jangka panjang.

OpenAI berkata, akaun remaja akan menjadi tetapan lalai bagi pengguna yang mengenal pasti diri mereka sebagai golongan tersebut ketika mendaftar, selain pengguna yang dikenal pasti sendiri oleh syarikat itu sebagai berusia bawah 18 tahun.

Tahun lalu, ChatGPT melancarkan Mod Pembelajaran untuk pelajar, yang membimbing mereka memahami tugasan sekolah tanpa memberikan jawapan secara terus.

Mereka juga boleh mengaktifkan ciri ‘waktu tenang’ yang akan menyebabkan ChatGPT tidak boleh digunakan pada tempoh yang ditetapkan.

OpenAI turut menambah permintaan pengguna berkaitan gangguan pemakanan ke dalam senarai kandungan berbahaya yang akan ditandakan dan dimaklumkan kepada ibu bapa yang mempunyai akaun terpaut.

Syarikat itu berkata, setiap amaran akan disemak oleh manusia terlebih dahulu sebelum dihantar kepada ibu bapa, dengan sasaran memastikan amaran diterima dalam tempoh sejam selepas permintaan dibuat.-AGENSI

The post OpenAI hadkan ciri ‘manusia’ ChatGPT untuk remaja appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved