OpenAI Kini Menawarkan OpenAI Academy Untuk Semua – Memudahkan Pembelajaran Berkaitan AI

TechnologyDigital
2 Apr 2025 • 3:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI kini telah melancarkan OpenAI Academy kepada semua, sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu pusat sehenti dalam menambah-baik pengetahuan berkaitan kecerdasan buatan.

image is not available

Sebelum ini, OpenAI Academy sedia diperkenalkan pada tahun lepas, namun ia lebih disasarkan kepada para pembangun dan juga pengguna teknikal dengan pelbagai acara-acara fizikal. Namun, melalui pembaharuan yang diperkenalkan, ia menyertakan pelbagai kursus secara atas talian, disamping kelas-kelas yang dijalankan melaluinya secara percuma.

Akses juga kini diperluaskan bukan untuk pengguna teknikal semata, tetapi turut meliputi para pelajar, mereka yang mencari pekerjaan, pemilik perniagaan dan sebagainya. Dengan langkah ini, OpenAI Academy menyasarkan menjadi salah satu pusat sehenti untuk pembelajaran berkaitan kecerdasan buatan.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman OpenAI Academy hari ini, dan memulakan pengajian berkaitan kecerdasan buatan secara percuma.