Kebiasaannya syarikat teknologi akan melakukan pelbagai pelaburan untuk mengembangkan penawaran produk mereka. Ada juga yang terus mengambil-alih sesuatu syarikat dengan harapan boleh kalahkan pesaing. Terbaru, OpenAI dilaporkan telah melakukan pelaburan sebanyak lebih RM267,977,011 ke sebuah syarikat kamera web.

RM267,977,011 atau $60 juta ini dilaburkan kepada Opal iaitu syarikat yang mengeluarkan kamera web premium dengan jaminan kualiti seakan kamera nircermin. Opal ditubuhkan oleh bekas pekerja Apple dan Uber. Mereka menawarkan kamera web yang canggih dan pintar seperti Opal C1. Pelaburan ini adalah untuk Opal membangunkan peranti AI baharu berkaitan dengan alatan kreatif. Peranti apa dan alat kreatif apa masih menjadi misteri.
Pada masa yang sama, perniagaan kamera web Opal akan diteruskan. Dua kamera mereka sekarang adalah C1 untuk pengguna Mac dan Tadpole untuk mana-mana peranti. Opal turut menjual produk mereka secara global dengan penghantaran secara terus.
- The Information menerusi The Verge



