OpenAI Melantik Ketua Ekonomi Untuk Mengkaji Impak AI Terhadap Ekonomi

TechnologyDigital
23 Oct 2024 • 2:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI kini melantik jawatan baharu, Ketua Ekonomi, iaitu Aaron Chatterji, dalam usaha untuk melakukan kajian untuk melihat dan meramal impak kecerdasan buatan terhadap ekonomi, dan juga para pekerja.

Pada masa yang sama, beliau juga akan melihat bagaimana untuk membantu tenaga kerja sedia ada dan masa hadapan dalam menggunakan teknologi kecerdasan buatan ini.

OpenAI berhasrat langkah ini akan memudahkan lagi para pembuat polisi, ahli akdemik, dan pelbagai organisasi di seluruh dunia dalam menggunakan data untuk membuat keputusan, sekaligus membantu komuniti dan perniagaan untuk terus berkembang.