OpenAI hari ini mengumumkan pejabat pertama mereka di rantau Asia, bertempat di Tokyo, Jepun. Selari dengan pembukaan pejabat ini juga, OpenAI turut mengumumkan pengenalan GPT-4 khusus yang dioptimasikan untuk bahasa Jepun.
OpenAI menyatakan mereka memilih Jepun disebabkan oleh penerajuan dalam arena teknologi, selain komuniti yang menggunakan inovasi.
Model GPT-4 khusus yang diperkenalkan tersebut menawarkan prestasi yang lebih baik dalam melakukan terjemahan teks, atau meringkaskan teks berbahasa Jepun – berbanding model lain. Ia juga dikatakan beroperasi 3 kali ganda lebih pantas berbanding model sebelumnya.
Beberapa syarikat Jepun juga telah mula menggunakan ChatGPT dalam meningkatkan prestasi operasi, termasuk antaranya adalah Toyota dan juga Daikin.
Introducing OpenAI Japan, our first office in Asia, along with a new GPT-4 custom model specifically optimized for 日本語 (the Japanese language). https://t.co/mIcCpbC18m pic.twitter.com/UJjQpBjKsO

