OpenAI Perkenal Model AI Terkini – GPT-4.1

TechnologyDigital
15 Apr 2025 • 8:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI hari ini memperkenalkan model terbaru kecerdasan buatan mereka, iaitu GPT-4.1. Pengenalan ini dilihat selari dengan GPT-4 yang akan ditamatkan pada penghujung bulan ini, selain akan menjadi model lebih berkuasa berbanding GPT-4o sedia ada.

GPT-4.1 menawarkan sokongan konteks yang lebih besar berbanding sebelum ini, menyokong sehingga 1 juta token untuk konteks, termasuk teks, imej atau video.

image is not available

Pengenalan model ini hadir selepas sebelum ini OpenAI menangguhkan pengenalan GPT-5, dan menyatakan akan memperkenalkan beberapa model sebagai sampingan untuknya.

Untuk para pembangun pula, beberapa model ditawarkan, termasuk GPT-4.1 Mini, dan juga GPT-4.1 Nano. OpenAI mengatakan penawaran GPT-4.1 kepada pembangun adalah lebih berharga rendah, jikalau dibandingkan dengan GPT-4o sebelum ini.

Buat masa ini, ia belum diumumkan bilakah GPT-4.1 akan ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia melalui ChatGPT.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved