OpenAI hari ini mengumumkan pengenalan akses kepada model terbaru mereka, GPT-4.1 dan juga GPT-4.1 Mini kepada pengguna ChatGPT. Melalui kemaskini baharu ini, semua pengguna akan dapat melihat akses kepada GPT-4.1 Mini menggantikan GPT-40 Mini sebelum ini.
Disamping itu, untuk pengguna berbayar pula, anda boleh mengakses model GPT-4.1 melalui pilihan “More Models” pada halaman ChatGPT. Melalui ChatGPT, ia ditekankan yang mana model GPT-4.1 adalah lebih baik untuk pengaturcaraan dan penganalisaan berbanding model sedia ada sebelum ini.

Sebelum ini, OpenAI telah menawarkan model GPT-4.1 pada April lepas, terlebih dahulu kepada para pembangun melalui akses API. Bagi anda yang menggunakan ChatGPT, boleh mencuba model baharu ini, dan melihat sama ada ia lebih baik berbanding sebelumnya, atau sebaliknya.
By popular request, GPT-4.1 will be available directly in ChatGPT starting today.
GPT-4.1 is a specialized model that excels at coding tasks & instruction following. Because it’s faster, it’s a great alternative to OpenAI o3 & o4-mini for everyday coding needs.



