WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi semula status daripada kenalan mereka. Ciri ini mirip fungsi yang ditawarkan oleh aplikasi X, di mana pengguna boleh berkongsi kandungan menarik kepada khalayak yang lebih luas dengan syarat pengirim memberikan kebenaran.

Melihat tangkap layar dikongsikan, ciri ini boleh diakses menerusi butang khas dalam halaman status bagi membolehkan pengguna berkongsi semula kemas kini status kenalan mereka dengan lebih mudah. Selain itu, WhatsApp turut akan memastikan bahawa nombor telefon pengirim asal tidak akan didedahkan bagi mengekalkan privasi pengguna.

Perlu dinyatakan bahawa ciri ini berbeza daripada fungsi perkongsian semula status dengan sebutan nama (mention) sebelum ini. Ciri baharu ini lebih terbuka kerana nama pengguna tidak perlu disertakan dalam status asal untuk membolehkan perkongsian semula dilakukan. Ciri ini masih berada dalam peringkat pembangunan dan dijangka akan tersedia dalam kemas kini yang akan datang.

![Ramai Kecam Rider ‘Play Victim’ Salahkan Individu Lain Atas Kecuaiannya Cetus Kemalangan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)