Seperti desas-desus sebelum ini, kini OpenAI secara rasminya telah memperkenalkan pelan terbaru mereka, ChatGPT Go. Namun, pengenalan pelan ini hanya terhad untuk pasaran India sahaja buat masa ini. ChatGPT Go menawarkan akses had mesej 10 kali lagi tinggi berbanding pelan percuma, 10 kali lebih penjanaan mesej, dan 2 kali ganda memori berbanding pelan percuma.
Di India, pelan ini ditawarkan pada harga Rs 399, iaitu sekitar RM19.33. Penawaran ini dilihat lebih mesra untuk pasaran negara membangun, berbanding pelan ChatGPT Plus yang berharga $20 (~RM85).
Melalui halaman sokongan OpenAI, ia dinyatakan ChatGPT Go hanya ditawarkan di India sahaja buat masa ini, tetapi mungkin diperluaskan ke rantau atau negara lain pada masa akan datang. Selain OpenAI, sebelum ini Perplexity turut telah bekerjasama dengan syarikat di India dalam menawarkan akses percuma ke pengguna di negara tersebut. Dengan pelbagai penawaran kecerdasan buatan, kini ramai bersaing mendapatkan angka pengguna tinggi, dan semestinya India dengan lebih 1 bilion penduduk menjadi sasaran pelbagai syarikat dalam mendapatkan angka pengguna tinggi.
We just launched ChatGPT Go in India, a new subscription tier that gives users in India more access to our most popular features: 10x higher message limits, 10x more image generations, 10x more file uploads, and 2x longer memory compared with our free tier. All for Rs. 399.





