
OpenAI hari ini menambah pelan langganan mereka, dan membawakan sebuah pelan baharu dinamakan pelan ChatGPT Pro. Ia disasarkan kepada pengguna tegar dalam memaksimakan produktiviti menggunakan ChatGPT.
Pelan ChatGPT Pro ini membawakan semua ciri yang sama seperti ChatGPT Plus, tetapi dengan penggunaan sehingga 20 kali ganda lebih tinggi berbanding Plus. Pelan ini juga menawarkan akses kepada model berkuasa tinggi paling terkini, termasuk akses maksimum ke Codex.
Selain itu, ia memberikan akses kepada ciri-ciri eksperimental, penggunaan memori maksimum, serta penjanaan imej tanpa had.

Pelan ini dilihat disasarkan kepada pengguna tegar yang aktif menggunakan ChatGPT dan Codex dalam penggunaan harian. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak pelan ChatGPT Pro ini hari ini melalui laman rasmi ChatGPT.

