OpenAI Sasar Pendapatan Pengiklanan Mencapai $100 Bilion Menjelang 2030

TechnologyBusiness & Finance
9 Apr 2026 • 9:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI telah pun sedia mengintegrasikan sokongan pengiklanan pada ChatGPT, dan telah mulakan eksperimen dalam kalangan pengguna percuma di Amerika Syarikat. Ini sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan untuk pengguna pelan percuma melalui pengiklanan, sementara untuk pengguna berbayar melalui langganan.

image is not available

Mengikut laporan, OpenAI menyasarkan pendapatan pengiklanan mencapai $2.5 bilion pada tahun ini, dan ia disasarkan untuk mencapai $100 bilion menjelang 2030 kelak. Angka ini juga disasarkan selari angka pengguna mingguan untuk ChatGPT yang dijangka mencapai 2.75 bilion pengguna aktif mingguan menjelang 2030 kelak.

Buat masa ini, hanya OpenAI yang merupakan penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan janaan yang memaparkan pengiklanan pada produk mereka. Google masih belum melakukannya pada Gemini, sementara Anthropic mengatakan tidak akan memaparkan iklan pada Claude.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved