OpenAI Perkenalkan Model Pintar Paling Terkini, GPT-5 – Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna ChatGPT

TechnologyDigital
8 Aug 2025 • 7:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI hari ini telah memperkenalkan model kecerdasan buatan janaan terbaru yang paling terkini dan berkuasa daripada mereka, dinamakan GPT-5. GPT-5 ini ditawarkan kepada semua secara berperingkat bermula hari ini pada ChatGPT dan juga untuk pembangun.

OpenAI mengatakan GPT-5 merupakan model yang pintar dan pantas, serta menawarkan respon lebih baik untuk pelbagai perkara, termasuk untuk pengaturcaraan, penulisan dan juga berkaitan kesihatan. Disamping itu, kadar halusinasi atau pemberian jawapan salah adalah lebih rendah berbanding dengan GPT-5 ini – dimana ia telah dilatih untuk tidak membuat spekulasi dan mengenal-pasti apabila sesuatu perkara tidak dapat diselesaikan.

Dengan fokus terhadap sempoicara kebelakangan ini, GPT-5 turut dioptimasikan untuknya, memudahkan pembangunan pelbagai aplikasi dengan mudah melaluinya.

OpenAI mengatakan semua pengguna ChatGPT akan mula menerima akses GPT-5 bermula hari ini – termasuk pengguna pelan percuma.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved