Kelak Pengguna Boleh Hubungkan GMail Dan Google Calendar Terus Ke ChatGPT

TechnologyDigital
8 Aug 2025 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT pada hari ini sedia digunakan ramai dalam melakukan sejumlah perancangan, berkomunikasi dan menulis. Kini, melalui GPT-5, ChatGPT akan menyertakan beberapa ciri tambahan. Selain sokongan personaliti, ChatGPT juga turut akan menyertakan ciri untuk menghubungkan GMail dan Google Calendar terus ke ChatGPT.

image is not available

Dengan langkah ini, ChatGPT boleh mengakses emel anda, mengakses temujanji pada Google Calendar, dan seterusnya membantu anda dalam perancangan harian, memberikan rumusan emel, dan memberitahu perancangan harian anda. Secara tidak langsung, ia beroperasi seumpama pembantu maya kepada pengguna.

ChatGPT akan memperkenalkan ciri baharu ini bermula pengguna ChatGPT Pro pada minggu hadapan, dan diperluaskan kepada pengguna Plus secara berperingkat selepas itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved