Infinix Malaysia Akan Melancarkan Note 50 Pro+ 5G Pada 22 April 2025

TechnologyDigital
16 Apr 2025 • 7:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix telah mula mengacah kehadiran peranti baharu Note 50+ Pro 5G di Malaysia. Berdasarkan perkongsian di media sosial rasmi, peranti ini dijadualkan untuk pelancaran pada 22 April 2025. Ia direka untuk memberikan prestasi yang sesuai untuk gaming serta penggunaan jangka masa panjang dalam kelasnya.

image is not available

Tiada spesifikasi rasmi yang diketahui setakat ini untuk Infinix Note 50+ Pro 5G di Malaysia. Namun, ia dijangka hadir dengan ciri yang sama seperti versi global. Ia mungkin dilengkapi skrin AMOLED FHD+ 6.78” 144Hz, bateri 5200 dengan pengecasan pantas 45W, kamera utama 50MP (OIS) dan swafoto 32MP.

image is not available

Selain itu, peranti ini mungkin dilengkapi dengan teknologi DeepSeek R1 untuk memudahkan penggunaan. Untuk maklumat lanjut, nantikan pengumuman rasmi pada pelancaran nanti.