OpenAI Sedang Menguji Prototaip Peranti AI Yang Akan Tiba Dalam Masa Kurang Dua Tahun

Technology
25 Nov 2025 • 8:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI mengambil alih firma io yang ditubuhkan oleh Jony Ive tahun ini dengan sasaran menghasilkan peranti AI pertama mereka. Sudah kedengaran beberapa laporan produk ini akan cuba mengubah landskap penggunaan peranti seperti iPhone lapan belas tahun lalu. Dalam temubual bersama Laurene Powell Jobs, Jony Ive dan Sam Altman berkata prototaip telah dihasilkan dan sedang diuji.

Seperti ura-ura sebelum ini, Ive dan Altman mengesahkan ia adalah produk “anti-iPhone” yang tidak akan mengalihkan perhatian dunia daripada dunia sebenar. Ianya dikatakan mudah digunakan dengan Altman mengatakan ia akan memberikan ketenangan kepada penggunanya.

image is not available

Besar kemungkinan peranti ini tidak akan mempunyai skrin atau lampu dengan ia dipercayai cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam poket. Ia cukup pintar untuk memberikan notifikasi yang penting sahaja kepada pengguna sekaligus merawat isu ketagihan peranti yang berlaku sekarang.

Turut disahkan ialah peranti ini akan dipasarkan dalam masa kurang dua tahun sahaja lagi. Ianya produk yang memang amat dinantikan kerana menerima sentuhan Jony Ive serta dipadankan dengan perisian OpenAI yang terkini.

Yang menjadi persoalan nanti ialah sama ada dunia bersedia untuk kembali ke era tanpa skrin. Setakat ini perkakasan AI seperti Rabbit R1 dan Humane AI Pin dengan konsep yang sama gagal mendapat sambutan orang ramai.