OpenAI Umum Stargate Project – Infrastruktur Kecerdasan Buatan $500 Bilion Untuk Amerika

TechnologyDigital
22 Jan 2025 • 8:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI mengumumkan Stargate Project hari ini dengan tujuan untuk membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat yang akan memastikan ia kekal menjadi peneraju teknologi yang kini menjadi buruan industri teknologi. Sam Altman, CEO OpenAI mengatakan syarikat akan melakukan pelaburan bernilai $500 bilion (RM 2.23 trilion) untuk Stargate Project dalam tempoh empat tahun.

image is not available

Projek ini dijayakan OpenAI bersama SoftBank, Oracle, dan MGX. CEO Softbank, Masayoshi Son dilantik sebagai pengerusi Stargate Project. Sementara itu Arm, Microsoft, NVIDIA, dan Oracle pula menjadi rakan teknologi utama

Pelaburan awal $100 bilion telahpun dilakukan dengan pembinaan di Texas dengan OpenAI sedang melakukan carian lokasi lain di Amerika Syarikat yang berpotensi menjadi kampus Stargate Project yang seterusnya. Pembinaan projek AI mega ini adalah usaha untuk melakukan perindustrian semula Amerika Syarikat serta menyediakan keupayaan strategik bagu melindungi keselamatan negara Amerika dan sekutunya.