OpenSys catat untung bersih RM3.17 juta bagi 2QFY23, isytihar dividen 0.45 sen sesaham

Business & Finance
21 Aug 2023 • 6:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

image is not available
Eric Lim

OpenSys catat untung bersih RM3.17 juta bagi 2QFY23, isytihar dividen 0.45 sen sesaham

diyana

21/08/2023 - 18:01

KUALA LUMPUR 21 Ogos - OpenSys (M) Berhad mencatatkan keuntungan bersih RM3.17 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023 (2QFY23), meningkat 7% daripada RM2.95 juta bagi tempoh sama tahun lalu, didorong peningkatan permintaan perkhidmatan penyelengaraan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, OpenSys berkata peningkatan permintaan itu telah didorong oleh bilangan mesin kitar semula tunai (CRM) yang lebih tinggi memasuki mod penyelenggaraan setiap tahun dan prestasi teguh dalam jualan perkakasan CRM

Sementara itu, pendapatan penyedia perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan penyelesaian utiliti tersebut turut meningkat 14.7% kepada RM20.9 juta bagi suku dalam tinjauan berbanding RM18.2 juta tahun lalu.

Pendapatan sesaham (EPS) OpenSys pada 2QFY23 turut meningkat kepada 0.71 sen daripada 0.66 sen sebelumnya.

Syarikat itu turut mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 0.45 sen sesaham berjumlah RM2.01 juta yang akan dibayar pada 15 September.

Bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan 2023 (1HFY23), keuntungan bersihnya meningkat 9% kepada RM5.89 juta berbanding RM5.39 juta dalam tempoh sama tahun lalu, manakala pendapatan kumpulan meningkat 7.7% kepada RM38.3 juta daripada RM35.6 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif OpenSys, Eric Lim berkata prestasi kumpulan untuk suku kedua 2023 menunjukkan ketahanan perniagaan utamanya kukuh, yang secara konsisten menghasilkan pendapatan dan keuntungan berulang.

image is not available
Eric Lim

“Segmen-segmen perniagaan ini, giat dipupuk dari semasa ke semasa, telah memberikan kami landasan yang kukuh.

“Dengan adanya asas ini, OpenSys bersedia untuk maju dan meneroka prospek perniagaan baharu seperti rumusan Branch of The Future (SmartTCR), logistik terjamin SmartCIT dan ruang tenaga boleh diperbaharui yang kini diterajui oleh pasaran buySolar kami, dengan yakin,” ujar beliau.

Saham OpenSys ditutup rendah hari ini pada 34.5 sen, susut 0.5 sen atau 1.4% dengan permodalan pasaran sebanyak RM154.2 juta. - DagangNews.com