Untung bersih Gas Malaysia susut 8.9% kepada RM97.8 juta, isytihar dividen 5.72 sen sesaham

Business & Finance
21 Aug 2023 • 6:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih Gas Malaysia susut 8.9% kepada RM97.8 juta, isytihar dividen 5.72 sen sesaham

diyana

21/08/2023 - 18:31

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd menyusut 8.9% kepada RM97.8 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2023 (2QFY23) berbanding RM107.3 juta dalam tempoh sama tahun lalu, akibat peningkatan perbelanjaan pentadbiran dan sumbang lebih rendah daripada syarikat usaha sama.

Bagaimanapun, pendapatan kumpulan pada suku dalam tinjauan meningkat 13.7% kepada RM2.02 bilion daripada RM1.78 tahun lalu, berikutan purata harga jualan gas asli yang lebih tinggi, seiring dengan harga pasaran global, namun diimbangi oleh jumlah jualan gas asli yang lebih rendah pada suku semasa.

Sementara itu, pendapatan sesaham (EPS) lebih rendah bagi suku ini pada 7.62 sen berbanding 8.36 sen tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, kumpulan tersebut mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 5.72 sen sesaham, berjumlah RM73.44 juta, yang akan dibayar pada 27 Oktober 2023.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2023 (1HFY23), keuntungan bersih Gas Malaysia susut sedikit sebanyak 2.9% kepada RM192.91 juta daripada RM198.66 juta.

Manakala pendapatan 1HFY23 kumpulan adalah RM4.46 bilion, melonjak 25% daripada RM3.56 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gas Malaysia berkata ia menjangkakan prestasi yang memuaskan pada 2023 kerana ia terus mengambil langkah berhemat bagi mengekalkan kecekapan operasi agar kekal berdaya saing dan mencari peluang untuk mengembangkan perniagaannya.

Saham Gas Malaysia ditutup tinggi hari ini pada RM3.02, menokok 1 sen atau 0.3% dengan permodalan pasaran sebanyak RM3.88 bilion. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved