Telefon Android Kelak Boleh Dijadikan Sebagai Kamera Web Seperti iPhone Dan Mac

TechnologyDigital
3 Feb 2023 • 10:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lepas, melalui macOS Ventura – Apple memperkenalkan ciri Continuity Camera yang membolehkan iPhone dijadikan sebagai kamera web kepada MacBook atau peranti Mac lain melalui cagak khusus MagSafe.

Sebenarnya, sebelum Apple memperkenalkan Continuity Camera ciri lebih kurang sama sudah pun boleh digunakan melalui aplikasi pihak ketiga seperti dari Elgato dan sebagainya. Perkara yang sama turut boleh dilakukan pada peranti Android.

image is not available

Kini menurut Mishaal Rahman, Google sedang membangunkan ciri ini secara natif terus ke dalam Android. Bermakna akan datang, pengguna hanya perlukan kabel USB-C sahaja untuk membolehkan telefon Android dijadikan sebagai kamera web pada komputer Windows dan mungkin juga pada Mac. Ciri ini popular ketika pandemik, sehingga kamera web turut disokong pada Android TV/Google TV.

Kekurangan pada Android berbanding iPhone dan Mac adalah, Android memerlukan kabel sementara Apple nirwayar. Apa kata anda mengenai ciri ini? Jangkaan ketibaan ciri ini adalah pada Android 14 nanti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved