Opera Menambah Integrasi AI Pada Pelayar Web Opera Untuk iOS

TechnologyDigital
17 Aug 2023 • 10:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Opera hari ini memperkenalkan kemaskini pada aplikasi pelayar web mereka di platform iOS, sekaligus menambah integrasi kecerdasan buatan (AI) pihak Opera tersendiri, dinamakan Aria.

image is not available

Dengan integrasi ini, ia sekaligus menjadikan Opera yang pertama mempunyai integrasi kecerdasan buatan pada pelayar web di semua platform utama – termasuk desktop dan Android.

Opera Aria membantu dalam sejumlah perkara, termasuk dalam tugasan melibatkan maklumat dan informasi, untuk menjana teks, pertanyaan berkenaan produk, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Opera, boleh mengemaskini Opera untuk iOS anda hari ini, dan menikmati integrasi Aria ini dalam memudahkan pelbagai tugasan harian.