
KINABATANGAN: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Kinabatangan pada Isnin melaksanakan operasi bantuan makanan kepada penduduk Kampung Bilit, Sukau yang terperangkap kerana laluan utama di kawasan mereka ditenggelami air sejak Ahad.
Jurucakap PKOB memaklumkan, kenaikan paras air Sungai Kinabatangan secara mendadak dan telah menyebabkan 103 buah rumah terjejas di kampung itu.
AdvertisementPenghantaran bekalan makanan berkenaan juga telah berjaya dilaksanakan oleh agensi penyelamat terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan Majlis Daerah Kinabatangan.
Sehingga jam 1.00 petang Isnin, laluan ke kampung tersebut masih ditutup untuk kenderaan kecil.



