
KINABATANGAN: Bantuan akan terus disalurkan kepada mangsa terjejas banjir di daerah Kinabatangan kata Ahli Parlimennya, Datuk Bung Moktar Radin.
Terdahulu pada Jumaat, Bung mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kinabatangan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi banjir yang melanda daerah ini.
AdvertisementKetibaan Bung disambut oleh Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Ravi A/l Duraisamy bersama ketua-ketua agensi tindak balas kecemasan daerah.
Beliau telah diberikan talimat operasi banjir oleh Kapt (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel dan menyerahkan sumbangan peribadi kepada PKOB bagi membantu usaha pengurusan bencana di daerah tersebut.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Seterusnya, saya melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Bukit Garam dan berkesempatan beramah mesra dengan mangsa banjir yang ditempatkan di sana.
“Dalam lawatan ini, saya turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa sebagai tanda keprihatinan terhadap kesusahan yang mereka alami.
Advertisement“Selain itu, saya juga turun padang meninjau sendiri perkembangan banjir di kawasan Pangkalan dan Kampung Muhibbah, sebelum bergerak ke Kampung Mengaris, Sukau, bagi melihat keadaan banjir di kawasan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Bung menyeru semua pihak agar terus bekerjasama dalam memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terpelihara.
AdvertisementJusteru, beliau turut menasihati penduduk Kinabatangan untuk mengambil langkah awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa terutamanya melibatkan perpindahan sekiranya perlu dilakukan.
Untuk rekod, dua PPS telah dibuka di daerah Kinabatangan dimana sebanyak 174 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Bukit Garam manakala 94 lagi di PPS SK Sukau.


