Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil

Business & Finance
3 Aug 2023 • 10:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
BNM mengumumkan pembukaan tender BNIB bernilai RM3 bilion selama 31 hari yang akan diterbitkan pada 7 Ogos.

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM35.28 bilion dan RM23.53 bilion dalam dana Islam.

Pada Khamis, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion selama tujuh hari dan dua tender Qard RM800 juta berjangka masa tujuh hari dan RM400 juta bertempoh 14 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Selain itu, bank pusat mengumumkan pembukaan tender Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) bernilai RM3 bilion selama 31 hari, yang akan diterbitkan pada 7 Ogos.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM36.3 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM22.3 bilion bagi tender semalaman murabahah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved