Operasi khas motosikal: Tiada lesen memandu kesalahan paling tinggi

14 Jul 2022 • 10:17 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Kesalahan tiada lesen memandu paling banyak dikesan sepanjang empat hari Operasi Khas Motosikal Hari Raya Aidiladha (HRA), kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Mohd Misuari Abdullah.

Beliau berkata kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan terhadap 5,432 kenderaan sepanjang tempoh operasi itu yang dilaksanakan iaitu dua hari sebelum dan dua hari selepas sambutan Aidiladha.

“Sepanjang empat hari operasi sebanyak 216 notis atas kesalahan tiada lesen memandu telah dikeluarkan,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Khas Motosikal HRA di sini malam tadi yang turut melibatkan anggota Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pendaftaran Negara dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Mohd Misuari berkata sebanyak 1,116 notis melibatkan pelbagai kesalahan lain juga telah dikeluarkan.

“Antara notis dikeluarkan ialah enam di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ), Seksyen 9 APJ (53 notis), Seksyen 61 (1) APJ (128 notis), Seksyen 63 (1) APJ (25 notis), Seksyen 82 (1) APAD 2010 (35 notis) dan Seksyen 64(1) APJ (satu notis),” katanya. — Bernama